trip ke Padang Besar.

Assalamualaikum,

Wey, giley lame tak update dari raye sampai skunk... ah, bukan ada orang kisah pun blog mangkuk nie ye dak?

Aritu gua gerak kedah -tgk nenek gua. Dah tua dah, tak cun mane pun, tapi gua tetap sayang walaupun dulu dia yang hambat dengan pedang berlampu gua  pasai curi padi dia buat kasi ayam makan. Itu cerita dulu, zaman-zaman aku layan cybercops, Power Rangers megazord, Journey to the west, Dash Yankuro, dan macam-macam benda merepek tapi aku suka. teehee.

Lupa lak, alang-alang aku sampai sana teruslah melencong kejap di padang besar, banyaklah jugak barang-barang. Original memang tak dapat lah jack, semuanya  counterfeit! Wow, terkeluar International Business terms sem 2 aku.  semuanya murah-murah, dan yang paling penting jersey-jersey melambak tapi sayang saiz badan gua telah menggagalkan nafsu gua untuk membeli belah. Maka adik-adik gua yang badan macam Gareth Bale, Balotelli, dan yang sewaktu denganya berpesta  memborong sakan. Bukan duit diorang pun, Mak bapak aku gak yang sponsor. Untung la..!


So, gua kongsikan sikit apa yang sempat gua rembat untuk tatapan semua.
(click kat gambar kalau rabun  ^^,)




otw, maghi lah kiter!!

jangan lupa, makan dulu..



nyaman beb!
forever alone
gua di  Holliday Villa Alor Setaq berhadapan menara  Alor Setaq
Pilihlah yang mane berkenan..
Serendah RM5 hingga RM 9

nie gua punye.. ;)
adik gua punyer.
tak puas letak satu jer an? heeee

Pose rukuk berjemaah!
leh hadiah kat makcik!
Yang sempat gua bawak rembat bawa balik.




senja di penghujung sempadan
Tasik sebelum sampai Padang Besar.
nie adek gua, perasan Cristiano Ronaldo (tak sedar Mario Balotelli  kahkahkah)
Jangan nak pose sangat lah der..




Last but not least, korang yang nak pergi semata-mata cari kasut memang tak dapat lah. Dulu kasut especially but bola memang berlambak but now entah mane pergi, kurang sambutan kot. Tapi kalau takat Jersey bola, memang terbaik boleh bungkus NIKE,ADIDAS! al-ikhsan? who cares?

Entry Raya yang dah keluar untuk semua. =)

Bismilahiramanirahim.
Assalamualaikum.

Pejam celik,pejam celik hari raya bakal menjelma. Maka bukan kita-kite sahaja yang gembira, syaitan-syaitan pun happy sama. Setelah hampir sebulan direman, kini mereka akan dibebaskan dengan parol, sebab tahun depan kalau tak kiamat diorang kena tangkap lagi. kahkahkah. =)

Manusia pun begitu, bergembira tanda kemenangan menahan lapar dahaga, dan segala macam dugaan nafsu dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Inilah jihad yang paling penting. Tapi,  manusia jenis pukul 7pagi dah berkepul-kepul merokok kat bilik air,pun gembira jugak,  terasa nikmat  kemerdekanya. Bercakap pasal merdeka, jangan lupa tarikh hari raya tahun ini sekapal dengan tarikh kemerdekaan.  Saing-saing lah kot. 

So, apa kata korang buat baju raya tahun ni  guna bendera Malaysia. tiap-tiap tahun asyik 1 kaler itu aje, kali ini biar merah,putih,biru, kuning disatukan bersama. siap pegang mic bertakbir raya pada saf paling depan sekali kat masjid.Songkok biar tinggi-tinggi, paling kurang  5inci, kata orang tua-tua, makin tinggi songkok, makin respek orang kat kita.Abang Berahim Ali kalau nampak konfem  ko jadi menantu dia!kahkahkahkah =)  untuk akak-akak pulak, ape salahnya mengeShawlkan bendera negara kita? Asyik Shawl iran,morocco,lubnan, dhaka, mongolia, vietnam, pilipin, cuba try ni pulak.  bukan sahaja terserlah kepatriotikan serikandi bangsa, malah amat-amat rare!Awesome!  kalau ada yang buat kat FB ,tak payah suruh, gua  Like sampai lebam kahkahkahkah =P

Bab lauk-pauk untuk makan-makan  memang tidak dapat dipisahkan.   Orang melayu memang pemurah, dan juga  kuat makan. Maaf, gua tak kuat makan, ye ker?kahkahkahkah =)     Ada yang sangup berhutang semata-mata ingin menjamu tetamu yang datang.  Rasullah sendiri mengesyorkan kita menjamu makan dan amat besar ganjaran pahalanya tetapi berpada-padalah, jangan sampai membazir dan menyusahkan kita di masa hadapan. Itu dah bukan pahala. itu bala.  memang ayat itu  agak klise tapi itulah realiti setiap kali hadirnya perayaan. 

Mercun. Sebut benda alah ni, korang kalau tak tahu, pergi baring kat rel kereta api. Try muhasabah diri kat situ sambil berdoa kereta api lalu senang sikit  kerja aku. kahkahkah =)  Setiap kali perayaan tak kisahlah Sambutan Tahun Baru Cina, Depavali, ataupun Hari Raya Aidilfitri yang putus jari tetap orang melayu.Bukan Rasis, ini fakta.  Ya, fakta yang rasis hehehe =)  gurau jelah. tapi betul ape?.
Aku langsung  tak pelik, sebab orang melayu ni daya inovasi dan kreativiti memang tinggi. Bodoh pun tinggi. bukan semualah,  maksud aku dah main mercun tue takyah nak feeling bercuti sangat. dah tu bakar mercun campak kat masjid. hello? Time aku kecik-kecik dulu, main gaklah mercun tapi tak lah sampai baling dalam masjid, kalau baling kat umah  jiran yang aku tak suka itu biase. =)
Nasihat gua, main hati-hati, jangan suka sangat, selawat sikit time nak bakar tue. Insyallah.selamat.  =)

Brader-brader yang pakai motor time balik kampung pun berhati-hati lah ye. Tak yah nak ikut belakang lori sangat.Apa sangat nak save minyak sampai buat cam gitu?. Laju? Waklu!  Gua pun segerombolan dengan lu orang, gua tak delah nak RXz, gua cuma mampu 125Zr. Itupun gua dah bersyukur, dan tanda gua bersyukur adalah dengan menunggang dengan berhati-hati dan menghormati penunggang yang lain. Agak-agak ade mamat nak try mesin lu kat highway,  takde hal, lu pergi sebelah telinga mamat tue, lu  nyanyi lagu raya kuat-kuat. Kalau boleh lagu raya yang intro macam nie.. "Duhai Bonda... Duhai Ayahanda..Dengarlah Rayuan Anakanda ..Yang Jauh Di Mata Tanpa Ku Sedari.. airmata ku mengalir..."  
Konfem dia pun ikut nyanyi same .. kahkahkahkh =)

Yang di perantauan kalau boleh balik-balik lah ye. Jenguk Ibu-bapa anda semua.  Ibu-bapa bukan nak harta benda kita, jauh sekali Kancil dan Viva anda, cuma secangkir kasih dan sepiring sayang untuk mereka nikmati di hari bahagia hari raya. Hulurkan tangan tanda kemaafan sebab kita sebagai anak memang susah nak jumpa salah kita. macam jawab SPM dulu-dulu, bila  korang semak,korang rasa-rase dah betul semua, last-last tebal muka ambik result!betul x? kahkahkah. Dunia yang semakin uzur ini sering memberitahu kita   - Ibu Ayah mampu jaga 10 orang anaknya, hingga universiti lagi, tapi 10 Orang anak belum tentu mampu menjaga Ibu dan Ayah nya.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir dan Batin. 
* buat si busyuk, tak sabar nak tgk jubah baru awak! <3 <3

terima kasih kerana sudi membaca. =)



P/s: Terdetik gua nak menulis tentang raya baik gua post awal-awal.
Raya raya juga, saki baki ramadhan ini jangan kita siakan. 
Tinggal 14 hari  saja lagi sahabat, masa itu memancung dan menghukum kita yang hanya tahu
menunjuk lauk pauk di bazar ramadhan. Ayuh!

kepada mereka yang merayakan Ramadhan.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Selamat Berpuase dan Bersahur Penuh tanpa helah-helah klise. 
Selamat Berterawih Penuh tanpa teknik menghilangkan diri.
Selamat Bertadarus Penuh tanpa sindrom penyakit kancing gigi.
Selamat Berqiamullai Penuh tanpa jurus mematikan diri.
Semoga memperoleh keberkatan di bulan yang penuh kemuliaan.
Anda buat anda dapat.
Anda tak buat anda Mendapat. =)




kopi,tahlil, umah sewa dan ....

Bismillahiramnirahim.
Assalamualaikum.

bukti gua juga mencintai coffe. selain nurse hospital pantai =)



EHEEMMmm! tersedak kot, buat kopi TERmanis pulak pagi-pagi nie. Almaklumlah gua nie kan takde orang umah. Buat air pun selalu dalam gelap, kengkonon menyahut saranan seruan kerajaan tercinta -JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK. So, selalulah TErbuat kopi manis. tak hairanlah ramai member gua selalu puji muke gua manis.... kahkahkahkah  =)

Btw, kalau korang ade member pompuan (hello gua bukan GAy ok? =) yang boleh beat Lisa Surihani   ringan-ringanlah mulut  introduce kat aku. Insyallah akan saya pertimbangkan. Komisyen nya lu orang jangan risau. Makan minum free sampai kenyang siap boleh tapau time wedding gua nanti. hehehehehe =)

Ok. gua mahu bercerita sikit. (bukan pasal pelangi) pada malam nisfu sya'ban yang lalu, gua ada buat tahlil,doa selamat  (actully gua tak perasan pun malam tu nisfu sya'ban.=) dan segala bagai dirumah  'hujung minggu' gua di Bukit Jalil, rumah yang gua sedang melingkar ni, amatlah   tidaklah sesuai /muat  untuk makan tidur sepupu anak buah (yang panggil gua Pakcik Jack/Cik Jack lebih kurang 30 orang!=) kaum kerabat gua yang hyperactive itu. So, bersibuk-sibuklah sekalian umat dalam umah aku ni bertukus-lumut menyiapkan dan melincinkan perjalanan majlis tersebut, malangnya hal ini akan gua updatekan lainkali ye.. kahkahkahkah.

Sebonaunye, gua nak citer pasal umah sewa. Gua dah nak masuk blajo lepas raya ni. Jadi tak kanlah gua nak mandi/tido/pakai/minum  dalam kelas pulak kan? kang tak pasal-pasal Abang Mizan (nama timbangan untuk pengarah kampus Uitm Melaka. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan B. Hj. Hitam)  pinang aku pulak karang..kahkahkahkah  Gurau je bang Mizan, senyum..senyumm...
 alo~lo~ comeyy Kohong!. =)

Senang kata, ada perselisihan pendapat tentang harga rumah sewa tersebut antara pihak pengurusan dan pihak pemaju. (lebih kurang lah..) harapan gua sebagai seorang pelajar, Harga rumah sewa tersebut, mestilah,haruslah,wajiblah  kena dengan piawaian ekonomi gua. banyak perbelanjaan beb. gua KL, transport gerak pergi-balik melaka ingat senang-senang boleh kautim dengan stesen minyak? takde 50 hengget, menolak gua kat highway dengan Yamaha125 kencang gua tu (belum gua pakai  Bugatti Veyron bapak gua). 

Duit makan,duit minum,buku-buku 'overseas' lagi,belum masuk Mens clear, Tim Barney,Ralph Lauren, Rock & Republic,Armani,Marc Ecko,LRG, Boxer Siam, Stokin Pinjam, Baldi Rembat, Hanger Curi,  Jajan,kuih Pau,Coconut shake, Daging masak kunyit, Kari Kedai Kuning,  Topup, etc.   Gua yang cerita ni dah seram. Lu orang yang membaca ni konfem tido kan? =)

Konklusinya, nak marah dah beso,Maka, fikir-fikirkanlah yang terbaik demi anak bangsa Malaysia yang bakal menjadi  tiang seri harapan bangsa bagi memacu negara dalam acuan transformasi secara langsung memberikan nilai tambah dan daya saing dalam cabaran era globalisasi,dan  seterusnya merialisasikan wawasan 2020, sejajar dengan semangat 1 Malaysia!!!
(semangat giler kan? bukan bodek tahu?. kahkahkakahkah)

 *Ambil yang jernih buang yang keroh. 
ambil yang sewa murah jauh-jauhkan sewa mahal. Fuuhh!!


Sekian. terima kasih kerana sudi membaca. 
wassalam.




  







Bersemadilah tenang wahai sahabat.

Bismillahiramanirahim.
Assalamualaikum.





19May1974-14July2011
Avroco Nasir
MayAllahBlessYouThere.


aku membelah perut malam,
menyusur hingar kota,
silau neon membidik mata,
gua dan Fared Ayam mengagahkan diri jua,
bersama motor cabuk memeriahkan acara di studio sana.

Nah,
itulah perkenalan pertama kita,
dengan rambutmu mencuri pandanganku,
dengan tutur katamu mencuit hatiku,
tingkah lakumu membuatkan aku tersenyum,
kerna kau persis pahlawan gagah yang tabah,
mengharungi realiti susuk kota,
disitulah jua kita bercanda dan berpesta,
kau,aku,fared ayam,rahmat haron,
macam dunia kita miliki bersama.

Walaupun sebentar cuma,
telah ku jalinkan tali persahabatan
walau sekelumit kita berkongsi rasa,
namun,
jika sesiapa yang menyebut namamu,
akan ku bilang itu sahabat ku,
jika ada mereka yang mengata tentangmu,
pasti hatiku juga akan terasa..

Bersemadilah tenang,
di tanah lapang,
moga di ampunkan segala dosa,
dicurahkan segala isi rahmat dan syurga,
percayalah,
kau tidak akan menunggu lama,
kami juga akan menyusul sama...

*Alfatehah.....

Buat baik balasan pun baik.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.


Macam gua tengah buat sekarang nie! ;)



Korang pe  kabau? ha, kan dah terkeluar bahasa melaka, rindu le konon. hehehe.  Bukan pe, kira-kira dah hampir 2 bulan gua cuti. bulan 9 barulah sambung blajo balik. tak blaja sangat pun, asyik membahan orang adelah. well, u know me better. =)

So, for the 1st time nak cuti tue adelah cita-cita dan nawaitu  nak melancong dengan kawan-kawan, ada ajak pergi sabah, cherating, sampai ke bandung pun ade (itu gua cadangkan) tapi biaselah, janji hanya tinggal janji. laksana menanam tebu di tepi bibir, ape pun tak de.  ape pun tak boleh. geram gaklah. tapi nak buat camne. semua sebuk bekerja. Gua? jangan cakap, -Pengusaha dan Penternak lemak berjaya. hehehe. 

Gua nak kerja tapi mak gua cam tak kasi je. teringin gak nak macam kawan-kawan gua, membanting tulang 4 kerat sampai lupa member-member asal masyuk tiap-tiap bulan tapi.. entahlah mak gua lebih suka suruh tolong dia masak. (actually mak gua langsung tak tolong, paling2 dia order aje.Pastu puji2 gua masak sedap. agak kejam kan?  ;').Pastu  tolong  ambik adik gua balik kolej, jadi driver mak gua (KL-S'pore beb!). dan yang paling best, layan mak gua bercerita. ala, cerita2 nasihat seorang mak yang penyayang dengan anak sulung yang hensem. heeee ;)

Itulah deretan tugas yang mak gua panggil 'kerja'. asal gua nak kerja aje (adik angkat mak gua applykan gua kerja kat HSBC Part Time) mak gua kate, 'tolong ibu kan lagi bagus. Ibu tak nak kau kerja. nanti dapat duit yang tak seberapa dah tak nak belajar. sekarang memanglah nampak banyak, dah ada bini anak esok?' Itulah  dia kata-kata berupa nasihat dan persoalan yang mak gua nak gua fikirkan sendiri.  Nak buat macam mana? itulah ibu gua, itulapendakwa raya, beliau jugalah hakim dalam mahkamah gua. So, gua redha. keredhaan Allah kan terletak pada keredhaan Ibu dan bapa. gua diam. sambil sengih tanda pasrah. khalas.

Gua percaya, ada hikmah disebalik permintaan mak gua nie. yelah dia yang membesarkan hinggakan gua sebesar ini, sampai asyik kena perli dengan nurse gua. Lagipun gua memang jarang dapat spend time dengan keluarga .almaklumlah. anak sulung. Nak belajau kena merantau. dari kecik dah biase dok jauh-jauh dari keluarga so dengan cuti kat 4 bulan nie gua berbaktilah yang mane sempat. Allah maha melihat dan maha mengasihani. =).

Bercakap soal gaji atau ganjaran. takdelah gua letakan harga dengan setiap perkhidmatan gua.itu kan mak gua.  Dari kecik mak gua besarkan gua, kang kalau lah mak gua pulak letakan harga dengan setiap pinggan nasi yang gua tambah dari gua kecik, konfem2 gua dah tak mampu bayar beb!(belum lauk lagi tue). Btw, suatu petang yang sepoi-sepoi angin bertiup, gua pulak sedang bermalasa-malasan (selepas perkhidmatan gua dilaksanakan) kat bilik, tiba-tiba mak gua tanye nape tak angkat call.? Gua pun beritahulah dengan jujur, speaker anset gua rosak. call tak dengar. maafkan saya ye bu.... (sambil buat muke sedih).  

Mak gua tenung muka gua yang tulus suci nie, then  mak gua habaq macam nie.., ''dah, jom.. kite pergi beli anset baru.''  Gua pun...terkujat, terkedu. terkencit je tak... apakah??.   Gua tak terus pergi, coz tak tahu ape anset yang tengah top sekarang.  So, tengah mengoogle.  Jumpelah satu model anset nie. Tapi sayang belum release lagi. Damn! Dah Julai Ngokkk! ko elop kate jun aritu, ko jangan main gilelah N9! asal lah ko lambat sangat nak keluar.? ingat ko pakai Meego ko dah power? ingat ko kaler biru ko dah cukup cun? Ingat ko slim ko seksi? Baru 16G dah cukup Besar? Kau baru 8 MPixel aje lahhh!! 
Oopps,maap, terlebey sudah. ^^,


Last.
Alhamdulillah. Dapat Pahala.Dapat Hadiah. thankz ibu, thankz abah coz cari ibu macam ibu saya nie (hope korang faham ayat aku nie) and Thank you Allah for everything i have. (and will have, very soon =)



*Buat baik balasan pun baik.betOl x? heeee. 


Sekian. terima kasih kerana sudi membaca. 


R.I.N.D.U. A.W.A.K

Assalamualaikum.
bismillahirahminrahim.

rindu banyak membawa kesan dalam kehidupan seharian kita.
rindu boleh mengakibatkan kita tak tido sepanjang malam.
rindu boleh menjimatkan beras di tempayan.
rindu mengajar kita erti ketabahan.
rindu membuatkan kita jadi pendiam.
rindu mengkayakan syarikat telekomunikasi.
rindu sering membuatkan kita asyik berangan.
rindu boleh membina modal insan.
rindu boleh jadi melahirkn generasi berpandangan jauh.
rindu boleh menyebabkan air mata mengalir.
rindu selalu menjadi mankin ketemenungan.

rindu juga menyedarkan kita betapa bertuahnya di jadikan tuhan sebagai manusia yang mempunyai jiwa dan perasaan. Rindu juga membawa kita ke satu ruang supaya bersyukur akan nikmat-nikmat yang telah dipinjamkan olehNya. Rindu boleh jadi rindu akan tuhan yang menciptanya, boleh jadi rindu akan kekasih hati, keluarga,sahabat handai,suasana gembira,pedih dan segala macam lagi. Rindu luas pengertianya. Ramadhan yang bakal menjelma pasti mengubat jiwa2 yang merindui kehadiran bulan mulia itu.Rindu bersahur,berbuka,bertadarus,berterawikh dan bermoreh. Paling penting.. duit raya? bukan... mercun? bukan... malam lailatul qadr. malam ape tue? 

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an pada lailatul Qadar, tahukah engkau apakah lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" (Al-Qadr : 1-5]"

so, berrindulah pada jalan yang betul. wah, gua macam good2 pulak kan2?. ;)
standardlah, gua pun dah 3 bulan tak jumpa nurse di hati gua. apakan daya, gua student dan penganggur terhormat tak de mase nak medical checkUp nie.Insyallah pas raye nie. Wah??.heeee 

Sekian. terima kasih kerna sudi membaca, =)