Tuntutan waris RM200 juta? sangat tak patut.


Bismillahirahmanirahim,
assalamualaikum.




Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
.
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
.
Mm .... mm .... mm .... mm ...
.
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
.
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

-P.Ramlee.Malam Dipagar Bintang.
(Fav gua)






Tipulah korang kalau pernah menyanyikan 'Negaraku' tak kenal susuk tubuh batang hidung Allahyarham P.Ramlee.Lahir Mac.22 di Penang dan merupakan penuntut sekolah yang paling tua di malaysia -Penang Free school(1816).Pernah gak mendapat pendidikan jepun apabila jepun datang melanda dulu di Japanese Navy Academy.   gua paling-paling pun pernah di Victoria Institution(1893Kuala Lumpur je. wey, saing-saing kot. hehehehe. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik, penulis lagu, dan  pak lawak. dah. cukup.Lebih-lebih  pergilah google ye. Bak kate orang tua-tua. kalau tak dipecahkan tabung, manakan dapat syilingnya. ;)



So, lately kite pun tahu. Pewaris P.Ramlee tuntut sampai RM200 juta. ya, Ringgit bukan Rupiah. apatah lagi baht. Gua rase ini tidak patut. sepatutnya pewaris P.Ramlee tuntut RM 1 bilion terus. Mengapa gua cakap cam gini? nie gua nak tanye lu.


 Apakah nilai kegembiraan  dan harapan apabila lu olang frust tak dapat awekcun/balakjambu tatkala lu olang tgk  'Pendekar bujang lapok' lu olang boleh senyum, pas tue same-same nyanyi pok..pok..pok bujang lapok.. ada mancis tak ade rokok.. (maka rokok pun terus dinyalakan oleh si frust tersebut.;). 


Apakah nilai kebahagiaan  rumah tangga tatkala suami kantoi mesej janda sebelah dengan perkataan  'Ghindu Ayunk  abang bangaaat aih! ' oleh sang isteri then kembali jernih bile sang suami menyanyikan lagu 'Jangan Tinggal Daku' di balik pintu sambil ditemani samar-samar lampu neon depan umah pasangan terbabit?


Apakah nilai ketabahan dan kecekalan yang menjadi azimat/tangkal  dalam  menyusuri ranjau berduri hidup si menantu yang tak pandai masak tapi hanya pandai berkebun di FB kalau bukan Filem 'Mak Mertuaku?


Apakah nilai yang cuba disampaikan dalam 'Sumpah Orang Minyak'? meh aku beritahu, korang (bace:lelaki)  dengan merogol 21 orang gadis dalam 7 hari , korang  MUSTAHIL boleh jadi sekacak abg Yusri KRU siap jalan2 dengn Lisa surihani apatah lagi bermimpi setampan Abg Jejai  melainkan dengan hanya tipu daya syaitan Nirrojim... 


Last but not least,Apakah nilai rawatan untuk orang kedekut?mudah sahaja, hantar sorang janda lawa setel masalah.semuanya dalam 'Labu-labi'. teeeheee.

Ini cuma sekelumit 'faedah' dalam filem-filem P.Ramle.Banyak lagi faedah2 yang tertulis dan tersirat dalam karya2 Allahyarham P.Ramlee. (Ape?ko ingat pinjaman bank aje ade faedah?.)Faedah-faedah ini perlu dibayar. Biarpun Arwah sudah tiada lagi, bayarlah kat pewaris arwah, tak kan bayar kat aku pulak, kan2?? =). Bukan setakat diberi gelaran TanSri dan Seniman Agung aje. Jangan main2 kawan, Ini  soal keringat dan pengorbanan arwah. So bagi gua secara peribadi  tuntutan RM200Juta amatlah kecil jika dibandingkan faedah yang  dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat di Malaysia,Brunei, dan Singapura hingga ke hari ini.





sekian.majulah Tuntutan demi pewaris arwah. ;)




*Jgn lupa sedekahkan Al-fatihah juga. 
al-fatiha..

sedetik kurang di Bahrain.

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Pada awal Jun yang lalu, alhamdulilah gua diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk mengerjakan Umrah. Gua gerak dengan pakcik makcik gua. Main bidan terjun aje. Plan nak gerak ngn family next year tahu-tahu gua sampai dulu.hehehehe.  Memang agak Lonely soldier boy lah sikit, Pakcik gua tentu-tentu spent hulu hilir ngn makcik gua, dan bersyukur juga Allah isikan lonely gua tue dengan peristiwa dan rahmat yang gua leh senyum sampai telinga. Give thanz to Allah~~ (teringat Arwah Mikael ;)


So, gua ceritakan sikit pasal bahrain. Bukan saifol Bahri, tapi bahrain.
Gua transit dua kali kat sini. 8 Jam dari KLIA. Dari Bahrain ke Jeddah pula cuma 2 jam. Naik Gulf Air.  Pramugarinya  cuma sorang dua arab yang lain thailand dan philipine. (India pun ade sorang gua perasan)
Bahrain merupakan sebuah negara  pulau dan  memang banyak pulau-pulau kecil di sekelilingnya. walaubagaimanapun tidak diketahui  jika rakyat-rakyat bahrain  mempunyai pulau di kepala.heeee. Bahrain sendiri maksudnya 2 lautan. itu ajelah yang gua ambik tahu pun, hehehehe. Sesampai gua di sini, dalam kul 11pm. gua terus di sorong ke Delmon Hotel, Pak arab kalau bawak, Lewis Hamilton saing-saing je beb.

Kedatangan gua disambut hingar-bingar bar and club kat sebelah hotel gua -Diggers. Boleh tahan pak arab sini. gua pun g gerak jalan-jalan. Alah dekat-dekat situ je pun. Sekali jumpe Proton Pesona, gua senyum, dalam hati gua nyanyi lagi Negaraku. (Itu gua bohong, saja nak tambah dramatic sikit.hehehe)
Duit pakai dinar. Tukar?senang, korang genapkan aje RM10- 1 Dinar. korang bayang air tin 2 dinar aku hulur menggigil kot. air tin paling mahal aku minum dalam hidup aku. Redha ajelah. tekak dah kering.

Esoknya, hawa panas kering mengintai kamar gua, subuh dalam around 3 lebih. pukul 6 korang dah boleh pakai RayBan.Sebelum berlepas ke Jeddah, gua sempat jalan-jalan lagi. (bukan selalu beb ;)

Bahrain dari kacamata gua, Bahrain baru nak membangun. simen pun baru nak bancuh. Paling-paling gah pun Litar F1 dan Bahrain Trade centre diorang. yang lain gua rase Malaysia better kot. Bab sopan santun pun Makcik yang gua tapau Lunch dekat Kg Morten lagi puas Hati. dan yang gua paling tak puas hati pasal camera. tak boleh ambik gambar sebelum masuk airport. Der, airport adelah  dalam 2 batu lagi, tak kan tak leh ambik gambar? bukan dalam airport pun. alasan polis yang rampas camera member gua -takut serangan pengganas. Giler Damn. ini bukan zaman upah-upah orang pergi ambik gambar. Pakai Google maps sudah. Last2 kenalah delete semua gambar-gambar tersebut, kecian member gua.(tumpang simpati).

But, still ade berita baik untuk mereka yang bercita-cita ke sana. Pesisir pantai diorang memang cantik-cantik. develop sendiri kot. dan yang penting bersih dan membiru. Kat Malaysia bersih jugak tapi jarang jumpe yang membiru, membusuk selalu lah..hehehe . Makan senang. semua pakat-pakat halal. standardlah tekak arab. Janganlah korang cari asam pedas, lemak cili api, laksa memang Rare le.....
Shoping terbaik gua rase area duty free  kat airport je la yang agak masuk akal nak berbelanje untuk golongan marhaen cam aku nie. korang yang saing-saing kerabat sultan Brunei gua tahu tak de hal lah kan. Ha, buat penggemar rokok/tukang kasi makan jin/tak sempat tua, area free duty memang syurga buat korang. macam-macam rokok/size/paten/taste segala bagai dijual dalam pek 2/3/5 carton terus. harga gua usha memang murah dalam RM200-Rm300 je. tapi kalau sedekah anak yatim kan bagus. acececece ;)

Bahrain Trade centre. 
Itulah sejenak kisah gua kat sane.Insyallah manelah tahu next year dapat g sane lg? heeee
Sekian. terima kasih. =)

*Hujan emas di negeri orang,
 Hujan bersih di negeri sendiri. hehehehe ;)

terbanglah tinggi-tinggi sahabat. ;)


Bismillahirrahmanirahim.
assalamualaikum.


Ya, petang yang damai sesepoi-sepoi angin meniup gua coretkan perihal member gua. 
Si bajet kiut tue Nur azimah. gua panggil beliau  kat kelas 'si matrix gopeng'. sebab gua macam orang arab sikit. kasi nama ikut peristiwa. alang-alang dia pernah blaja matrix gopeng. so, gua panggilah matrix gopeng. hehehe 


Si  KPOP  nie pula member kelas gua gak, nama beliau Firdaus. Panggil daus kecik/pendek. Coz dalam kelas ade daus lain gak. Bezanya dari segi kepanjangan. panjang tang mane itu sulit. tak leh gtahu. ISA aku karang,teeheee ;)

Sukacita dan dukacitanya, member gua berdua nie akan tidak akan bersama-same dengan gua next sem. 
itu gua sedih. Hilang sudah teruna dan teruni kelas gua.katanya menerima Tawaran SPA. 
Hmmm..sape lagi gua nak main bahan-bahan? ;')
Sukacitanya pulak,
 diorang dapat pengalaman baru,
 dah boleh kenal perihal alam pekerjaan yang sebenarnya.
 Dan yang penting tiap-tiap bulan masyuk tak macam aku. Duit PT tak mampu apply, 
hanya menunggu kata-kata dari tuhan
 sambil tangan call abah cakap
 ' terima kasih abah'
 (itu kalau duit dah masuk heee)

Anyway. good luck guys. gua ucapkan kepada diorang.
 dan lagi satu, gua suka gosip2 kan diorang ni, dan tak sangka diorang leh keje satu tempat pulak..
 (sumpah gua tak de pakat dengan SPA =)
Jangan lupa kitorang kat KBM nie. 
selamat maju jaya. ;)


Kelas TOP DL BM2231A 2011.

awalul kalam.

bismillahirahmanirrahim

setiger-tiger gua,
tiba-tiba pilih nama blog
ceritapelangimalam
sah-sah korang ingat aku tak cool kan?
aku peduli ape,
saje nak melahirkan blog sendiri. hehehehe.

Sebenarnya blog ini merupakan anak (bace:blog)  ketiga gua,
yang sulung lebih berjemaah susuknya,
yang kedua pulak lebih  berpartisan isi kandunganya,
 insyallah yang ketiga ini agak santai,ringan,soft,light dan yang sewaktu denganya.

Hopefully,
korang sudi-sudi membaca,mengkritik, meluahkan rasa
dan yang penting janganlah sampai panggil abg long, abg kawasan, dan bagai.
Ini bukan Kl Gangster.
Cuma blog tirisan jacktigermalaya. hehehe


sekian. terimakasih.