Tuntutan waris RM200 juta? sangat tak patut.


Bismillahirahmanirahim,
assalamualaikum.




Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
.
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
.
Mm .... mm .... mm .... mm ...
.
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
.
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

-P.Ramlee.Malam Dipagar Bintang.
(Fav gua)






Tipulah korang kalau pernah menyanyikan 'Negaraku' tak kenal susuk tubuh batang hidung Allahyarham P.Ramlee.Lahir Mac.22 di Penang dan merupakan penuntut sekolah yang paling tua di malaysia -Penang Free school(1816).Pernah gak mendapat pendidikan jepun apabila jepun datang melanda dulu di Japanese Navy Academy.   gua paling-paling pun pernah di Victoria Institution(1893Kuala Lumpur je. wey, saing-saing kot. hehehehe. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik, penulis lagu, dan  pak lawak. dah. cukup.Lebih-lebih  pergilah google ye. Bak kate orang tua-tua. kalau tak dipecahkan tabung, manakan dapat syilingnya. ;)



So, lately kite pun tahu. Pewaris P.Ramlee tuntut sampai RM200 juta. ya, Ringgit bukan Rupiah. apatah lagi baht. Gua rase ini tidak patut. sepatutnya pewaris P.Ramlee tuntut RM 1 bilion terus. Mengapa gua cakap cam gini? nie gua nak tanye lu.


 Apakah nilai kegembiraan  dan harapan apabila lu olang frust tak dapat awekcun/balakjambu tatkala lu olang tgk  'Pendekar bujang lapok' lu olang boleh senyum, pas tue same-same nyanyi pok..pok..pok bujang lapok.. ada mancis tak ade rokok.. (maka rokok pun terus dinyalakan oleh si frust tersebut.;). 


Apakah nilai kebahagiaan  rumah tangga tatkala suami kantoi mesej janda sebelah dengan perkataan  'Ghindu Ayunk  abang bangaaat aih! ' oleh sang isteri then kembali jernih bile sang suami menyanyikan lagu 'Jangan Tinggal Daku' di balik pintu sambil ditemani samar-samar lampu neon depan umah pasangan terbabit?


Apakah nilai ketabahan dan kecekalan yang menjadi azimat/tangkal  dalam  menyusuri ranjau berduri hidup si menantu yang tak pandai masak tapi hanya pandai berkebun di FB kalau bukan Filem 'Mak Mertuaku?


Apakah nilai yang cuba disampaikan dalam 'Sumpah Orang Minyak'? meh aku beritahu, korang (bace:lelaki)  dengan merogol 21 orang gadis dalam 7 hari , korang  MUSTAHIL boleh jadi sekacak abg Yusri KRU siap jalan2 dengn Lisa surihani apatah lagi bermimpi setampan Abg Jejai  melainkan dengan hanya tipu daya syaitan Nirrojim... 


Last but not least,Apakah nilai rawatan untuk orang kedekut?mudah sahaja, hantar sorang janda lawa setel masalah.semuanya dalam 'Labu-labi'. teeeheee.

Ini cuma sekelumit 'faedah' dalam filem-filem P.Ramle.Banyak lagi faedah2 yang tertulis dan tersirat dalam karya2 Allahyarham P.Ramlee. (Ape?ko ingat pinjaman bank aje ade faedah?.)Faedah-faedah ini perlu dibayar. Biarpun Arwah sudah tiada lagi, bayarlah kat pewaris arwah, tak kan bayar kat aku pulak, kan2?? =). Bukan setakat diberi gelaran TanSri dan Seniman Agung aje. Jangan main2 kawan, Ini  soal keringat dan pengorbanan arwah. So bagi gua secara peribadi  tuntutan RM200Juta amatlah kecil jika dibandingkan faedah yang  dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat di Malaysia,Brunei, dan Singapura hingga ke hari ini.





sekian.majulah Tuntutan demi pewaris arwah. ;)




*Jgn lupa sedekahkan Al-fatihah juga. 
al-fatiha..

0 00 Pendengar cerita:

Post a Comment