Entry Raya yang dah keluar untuk semua. =)

Bismilahiramanirahim.
Assalamualaikum.

Pejam celik,pejam celik hari raya bakal menjelma. Maka bukan kita-kite sahaja yang gembira, syaitan-syaitan pun happy sama. Setelah hampir sebulan direman, kini mereka akan dibebaskan dengan parol, sebab tahun depan kalau tak kiamat diorang kena tangkap lagi. kahkahkah. =)

Manusia pun begitu, bergembira tanda kemenangan menahan lapar dahaga, dan segala macam dugaan nafsu dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Inilah jihad yang paling penting. Tapi,  manusia jenis pukul 7pagi dah berkepul-kepul merokok kat bilik air,pun gembira jugak,  terasa nikmat  kemerdekanya. Bercakap pasal merdeka, jangan lupa tarikh hari raya tahun ini sekapal dengan tarikh kemerdekaan.  Saing-saing lah kot. 

So, apa kata korang buat baju raya tahun ni  guna bendera Malaysia. tiap-tiap tahun asyik 1 kaler itu aje, kali ini biar merah,putih,biru, kuning disatukan bersama. siap pegang mic bertakbir raya pada saf paling depan sekali kat masjid.Songkok biar tinggi-tinggi, paling kurang  5inci, kata orang tua-tua, makin tinggi songkok, makin respek orang kat kita.Abang Berahim Ali kalau nampak konfem  ko jadi menantu dia!kahkahkahkah =)  untuk akak-akak pulak, ape salahnya mengeShawlkan bendera negara kita? Asyik Shawl iran,morocco,lubnan, dhaka, mongolia, vietnam, pilipin, cuba try ni pulak.  bukan sahaja terserlah kepatriotikan serikandi bangsa, malah amat-amat rare!Awesome!  kalau ada yang buat kat FB ,tak payah suruh, gua  Like sampai lebam kahkahkahkah =P

Bab lauk-pauk untuk makan-makan  memang tidak dapat dipisahkan.   Orang melayu memang pemurah, dan juga  kuat makan. Maaf, gua tak kuat makan, ye ker?kahkahkahkah =)     Ada yang sangup berhutang semata-mata ingin menjamu tetamu yang datang.  Rasullah sendiri mengesyorkan kita menjamu makan dan amat besar ganjaran pahalanya tetapi berpada-padalah, jangan sampai membazir dan menyusahkan kita di masa hadapan. Itu dah bukan pahala. itu bala.  memang ayat itu  agak klise tapi itulah realiti setiap kali hadirnya perayaan. 

Mercun. Sebut benda alah ni, korang kalau tak tahu, pergi baring kat rel kereta api. Try muhasabah diri kat situ sambil berdoa kereta api lalu senang sikit  kerja aku. kahkahkah =)  Setiap kali perayaan tak kisahlah Sambutan Tahun Baru Cina, Depavali, ataupun Hari Raya Aidilfitri yang putus jari tetap orang melayu.Bukan Rasis, ini fakta.  Ya, fakta yang rasis hehehe =)  gurau jelah. tapi betul ape?.
Aku langsung  tak pelik, sebab orang melayu ni daya inovasi dan kreativiti memang tinggi. Bodoh pun tinggi. bukan semualah,  maksud aku dah main mercun tue takyah nak feeling bercuti sangat. dah tu bakar mercun campak kat masjid. hello? Time aku kecik-kecik dulu, main gaklah mercun tapi tak lah sampai baling dalam masjid, kalau baling kat umah  jiran yang aku tak suka itu biase. =)
Nasihat gua, main hati-hati, jangan suka sangat, selawat sikit time nak bakar tue. Insyallah.selamat.  =)

Brader-brader yang pakai motor time balik kampung pun berhati-hati lah ye. Tak yah nak ikut belakang lori sangat.Apa sangat nak save minyak sampai buat cam gitu?. Laju? Waklu!  Gua pun segerombolan dengan lu orang, gua tak delah nak RXz, gua cuma mampu 125Zr. Itupun gua dah bersyukur, dan tanda gua bersyukur adalah dengan menunggang dengan berhati-hati dan menghormati penunggang yang lain. Agak-agak ade mamat nak try mesin lu kat highway,  takde hal, lu pergi sebelah telinga mamat tue, lu  nyanyi lagu raya kuat-kuat. Kalau boleh lagu raya yang intro macam nie.. "Duhai Bonda... Duhai Ayahanda..Dengarlah Rayuan Anakanda ..Yang Jauh Di Mata Tanpa Ku Sedari.. airmata ku mengalir..."  
Konfem dia pun ikut nyanyi same .. kahkahkahkh =)

Yang di perantauan kalau boleh balik-balik lah ye. Jenguk Ibu-bapa anda semua.  Ibu-bapa bukan nak harta benda kita, jauh sekali Kancil dan Viva anda, cuma secangkir kasih dan sepiring sayang untuk mereka nikmati di hari bahagia hari raya. Hulurkan tangan tanda kemaafan sebab kita sebagai anak memang susah nak jumpa salah kita. macam jawab SPM dulu-dulu, bila  korang semak,korang rasa-rase dah betul semua, last-last tebal muka ambik result!betul x? kahkahkah. Dunia yang semakin uzur ini sering memberitahu kita   - Ibu Ayah mampu jaga 10 orang anaknya, hingga universiti lagi, tapi 10 Orang anak belum tentu mampu menjaga Ibu dan Ayah nya.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir dan Batin. 
* buat si busyuk, tak sabar nak tgk jubah baru awak! <3 <3

terima kasih kerana sudi membaca. =)



P/s: Terdetik gua nak menulis tentang raya baik gua post awal-awal.
Raya raya juga, saki baki ramadhan ini jangan kita siakan. 
Tinggal 14 hari  saja lagi sahabat, masa itu memancung dan menghukum kita yang hanya tahu
menunjuk lauk pauk di bazar ramadhan. Ayuh!

3 00 Pendengar cerita:

syasyah_biscuits said...

selamat hari raya... ucap awal2

jacktigermalaya said...

woit, perli ke pe? =P

credOluss said...

weii selamat ari raya,, bes bce nie....

Post a Comment