Buat baik balasan pun baik.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.


Macam gua tengah buat sekarang nie! ;)



Korang pe  kabau? ha, kan dah terkeluar bahasa melaka, rindu le konon. hehehe.  Bukan pe, kira-kira dah hampir 2 bulan gua cuti. bulan 9 barulah sambung blajo balik. tak blaja sangat pun, asyik membahan orang adelah. well, u know me better. =)

So, for the 1st time nak cuti tue adelah cita-cita dan nawaitu  nak melancong dengan kawan-kawan, ada ajak pergi sabah, cherating, sampai ke bandung pun ade (itu gua cadangkan) tapi biaselah, janji hanya tinggal janji. laksana menanam tebu di tepi bibir, ape pun tak de.  ape pun tak boleh. geram gaklah. tapi nak buat camne. semua sebuk bekerja. Gua? jangan cakap, -Pengusaha dan Penternak lemak berjaya. hehehe. 

Gua nak kerja tapi mak gua cam tak kasi je. teringin gak nak macam kawan-kawan gua, membanting tulang 4 kerat sampai lupa member-member asal masyuk tiap-tiap bulan tapi.. entahlah mak gua lebih suka suruh tolong dia masak. (actually mak gua langsung tak tolong, paling2 dia order aje.Pastu puji2 gua masak sedap. agak kejam kan?  ;').Pastu  tolong  ambik adik gua balik kolej, jadi driver mak gua (KL-S'pore beb!). dan yang paling best, layan mak gua bercerita. ala, cerita2 nasihat seorang mak yang penyayang dengan anak sulung yang hensem. heeee ;)

Itulah deretan tugas yang mak gua panggil 'kerja'. asal gua nak kerja aje (adik angkat mak gua applykan gua kerja kat HSBC Part Time) mak gua kate, 'tolong ibu kan lagi bagus. Ibu tak nak kau kerja. nanti dapat duit yang tak seberapa dah tak nak belajar. sekarang memanglah nampak banyak, dah ada bini anak esok?' Itulah  dia kata-kata berupa nasihat dan persoalan yang mak gua nak gua fikirkan sendiri.  Nak buat macam mana? itulah ibu gua, itulapendakwa raya, beliau jugalah hakim dalam mahkamah gua. So, gua redha. keredhaan Allah kan terletak pada keredhaan Ibu dan bapa. gua diam. sambil sengih tanda pasrah. khalas.

Gua percaya, ada hikmah disebalik permintaan mak gua nie. yelah dia yang membesarkan hinggakan gua sebesar ini, sampai asyik kena perli dengan nurse gua. Lagipun gua memang jarang dapat spend time dengan keluarga .almaklumlah. anak sulung. Nak belajau kena merantau. dari kecik dah biase dok jauh-jauh dari keluarga so dengan cuti kat 4 bulan nie gua berbaktilah yang mane sempat. Allah maha melihat dan maha mengasihani. =).

Bercakap soal gaji atau ganjaran. takdelah gua letakan harga dengan setiap perkhidmatan gua.itu kan mak gua.  Dari kecik mak gua besarkan gua, kang kalau lah mak gua pulak letakan harga dengan setiap pinggan nasi yang gua tambah dari gua kecik, konfem2 gua dah tak mampu bayar beb!(belum lauk lagi tue). Btw, suatu petang yang sepoi-sepoi angin bertiup, gua pulak sedang bermalasa-malasan (selepas perkhidmatan gua dilaksanakan) kat bilik, tiba-tiba mak gua tanye nape tak angkat call.? Gua pun beritahulah dengan jujur, speaker anset gua rosak. call tak dengar. maafkan saya ye bu.... (sambil buat muke sedih).  

Mak gua tenung muka gua yang tulus suci nie, then  mak gua habaq macam nie.., ''dah, jom.. kite pergi beli anset baru.''  Gua pun...terkujat, terkedu. terkencit je tak... apakah??.   Gua tak terus pergi, coz tak tahu ape anset yang tengah top sekarang.  So, tengah mengoogle.  Jumpelah satu model anset nie. Tapi sayang belum release lagi. Damn! Dah Julai Ngokkk! ko elop kate jun aritu, ko jangan main gilelah N9! asal lah ko lambat sangat nak keluar.? ingat ko pakai Meego ko dah power? ingat ko kaler biru ko dah cukup cun? Ingat ko slim ko seksi? Baru 16G dah cukup Besar? Kau baru 8 MPixel aje lahhh!! 
Oopps,maap, terlebey sudah. ^^,


Last.
Alhamdulillah. Dapat Pahala.Dapat Hadiah. thankz ibu, thankz abah coz cari ibu macam ibu saya nie (hope korang faham ayat aku nie) and Thank you Allah for everything i have. (and will have, very soon =)



*Buat baik balasan pun baik.betOl x? heeee. 


Sekian. terima kasih kerana sudi membaca. 


2 00 Pendengar cerita:

nyssa anyss said...

cayalah bob dpt enpon baru dari mak. aku pon nak wat alasan yg sama la. tgk bole ke x ak dpt enpon baru cm ko.hahaha

jacktigermalaya said...

bukan alasan. memamng betul pun lah.... tak main lah tipu2 nie ;)

Post a Comment