kopi,tahlil, umah sewa dan ....

Bismillahiramnirahim.
Assalamualaikum.

bukti gua juga mencintai coffe. selain nurse hospital pantai =)



EHEEMMmm! tersedak kot, buat kopi TERmanis pulak pagi-pagi nie. Almaklumlah gua nie kan takde orang umah. Buat air pun selalu dalam gelap, kengkonon menyahut saranan seruan kerajaan tercinta -JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK. So, selalulah TErbuat kopi manis. tak hairanlah ramai member gua selalu puji muke gua manis.... kahkahkahkah  =)

Btw, kalau korang ade member pompuan (hello gua bukan GAy ok? =) yang boleh beat Lisa Surihani   ringan-ringanlah mulut  introduce kat aku. Insyallah akan saya pertimbangkan. Komisyen nya lu orang jangan risau. Makan minum free sampai kenyang siap boleh tapau time wedding gua nanti. hehehehehe =)

Ok. gua mahu bercerita sikit. (bukan pasal pelangi) pada malam nisfu sya'ban yang lalu, gua ada buat tahlil,doa selamat  (actully gua tak perasan pun malam tu nisfu sya'ban.=) dan segala bagai dirumah  'hujung minggu' gua di Bukit Jalil, rumah yang gua sedang melingkar ni, amatlah   tidaklah sesuai /muat  untuk makan tidur sepupu anak buah (yang panggil gua Pakcik Jack/Cik Jack lebih kurang 30 orang!=) kaum kerabat gua yang hyperactive itu. So, bersibuk-sibuklah sekalian umat dalam umah aku ni bertukus-lumut menyiapkan dan melincinkan perjalanan majlis tersebut, malangnya hal ini akan gua updatekan lainkali ye.. kahkahkahkah.

Sebonaunye, gua nak citer pasal umah sewa. Gua dah nak masuk blajo lepas raya ni. Jadi tak kanlah gua nak mandi/tido/pakai/minum  dalam kelas pulak kan? kang tak pasal-pasal Abang Mizan (nama timbangan untuk pengarah kampus Uitm Melaka. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan B. Hj. Hitam)  pinang aku pulak karang..kahkahkahkah  Gurau je bang Mizan, senyum..senyumm...
 alo~lo~ comeyy Kohong!. =)

Senang kata, ada perselisihan pendapat tentang harga rumah sewa tersebut antara pihak pengurusan dan pihak pemaju. (lebih kurang lah..) harapan gua sebagai seorang pelajar, Harga rumah sewa tersebut, mestilah,haruslah,wajiblah  kena dengan piawaian ekonomi gua. banyak perbelanjaan beb. gua KL, transport gerak pergi-balik melaka ingat senang-senang boleh kautim dengan stesen minyak? takde 50 hengget, menolak gua kat highway dengan Yamaha125 kencang gua tu (belum gua pakai  Bugatti Veyron bapak gua). 

Duit makan,duit minum,buku-buku 'overseas' lagi,belum masuk Mens clear, Tim Barney,Ralph Lauren, Rock & Republic,Armani,Marc Ecko,LRG, Boxer Siam, Stokin Pinjam, Baldi Rembat, Hanger Curi,  Jajan,kuih Pau,Coconut shake, Daging masak kunyit, Kari Kedai Kuning,  Topup, etc.   Gua yang cerita ni dah seram. Lu orang yang membaca ni konfem tido kan? =)

Konklusinya, nak marah dah beso,Maka, fikir-fikirkanlah yang terbaik demi anak bangsa Malaysia yang bakal menjadi  tiang seri harapan bangsa bagi memacu negara dalam acuan transformasi secara langsung memberikan nilai tambah dan daya saing dalam cabaran era globalisasi,dan  seterusnya merialisasikan wawasan 2020, sejajar dengan semangat 1 Malaysia!!!
(semangat giler kan? bukan bodek tahu?. kahkahkakahkah)

 *Ambil yang jernih buang yang keroh. 
ambil yang sewa murah jauh-jauhkan sewa mahal. Fuuhh!!


Sekian. terima kasih kerana sudi membaca. 
wassalam.




  







2 00 Pendengar cerita:

hamzah ian said...

gua tak penah duk umh sewa.. huhu

jacktigermalaya said...

lu lain. anak kesayangan. ke.. lu manja der? hehehe ;p

Post a Comment